Selamat Datang ke Blog PIBG SMKIS

Friday 15 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39 2013/2014 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2012


Pada 23hb Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan SMKIS telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-39 tahun 2013/2014 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2012 serta Penyerahan Baucer Buku Pelajar Pra-U. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Roslan bin Yusof (Tuan Pegawai Daerah Jasin). Antara agenda mesyuarat ialah pemilihan jawatankuasa PIBG yang baru, membentangkan laporan tahunan kewangan 2012 dan membahaskan usul. Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan Puisi dan Lagu oleh pelajar.