Selamat Datang ke Blog PIBG SMKIS

Wednesday 4 September 2013

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2 2013/2014

Pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali kedua 2013/2014 bertempat di Bilik Rujukan SMKIS. Antara program yang dibincangkan sepanjang September adalah "Luncheon Talk" bersama calon PMR pada 25 September 2013 dan Solat Hajat PMR, SPM dan STPM pada 26 September 2013.

Friday 15 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39 2013/2014 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2012


Pada 23hb Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan SMKIS telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-39 tahun 2013/2014 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2012 serta Penyerahan Baucer Buku Pelajar Pra-U. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Roslan bin Yusof (Tuan Pegawai Daerah Jasin). Antara agenda mesyuarat ialah pemilihan jawatankuasa PIBG yang baru, membentangkan laporan tahunan kewangan 2012 dan membahaskan usul. Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan Puisi dan Lagu oleh pelajar.

Friday 22 February 2013

Mesyuarat AJK PIBG 5 2012/2013


Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-5, 2012/2013 telah diadakan pada 18 Januari 2013 bertempat di Bilik Rujukan , SMK Iskandar Shah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka, Tuan Haji Muslim bin MD. Shah.

Mesyuarat AJK PIBG 6 2012/2013


Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-6, 2012/2013 telah diadakan pada 8 Februari 2013 bertempat di Bilik Rujukan Pusat Sumber, SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka.

Friday 8 February 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013


Aktiviti ini telah dijalankan pada 23 Januari 2013 hari (Rabu) bermula dari perkarangan letak kereta guru ke Taman Jasin Height mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit dab berpatah balik ke Dewan SMKIS melaluui Jalan Kg. Kelubi. Pelepasan pelajar telah disempurnakan oleh Pn. Hamidah binti Jasmani (GPK1). Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Muslim bin Md Shah (YDP PIBG) yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada  semua penerima dan rumah pasukan yang telah mengumpul mata tertinggi.


Tuesday 5 February 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39, 2013/2014

Salam Sejahtera Semua Ibu bapa dan guru SMK Iskandar Shah, Jasin.
Mesyuarat Agung PIBG akan dijalankan pada ketetapan berikut :
TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
HARI : SABTU
JAM : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMKIS
Harap Maklum..
Terima Kasih..

Muat turun : Surat Panggilan Mesyuarat
                       Agenda Mesyuarat 

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 6; 2012/2013

Salam Sejahtera Semua AJK PIBG SMK Iskandar Shah, Jasin.
Mesyuarat AJK PIBG  akan dijalankan pada ketetapan berikut :
TARIKH : 8 FEBRUARI 2013
HARI : JUMAAT
JAM : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK RUJUKAN SMK ISKANDAR SHAH
Harap Maklum..
Terima Kasih..

Muat turun : Surat Panggilan Mesyuarat
                    Minit Mesyuarat Kali ke 5

Thursday 17 January 2013

MESYUARAT AJK PIBG 1/2013

Salam Sejahtera Semua AJK PIBG SMK Iskandar Shah, Jasin.
Mesyuarat AJK PIBG 1/2013 akan dijalankan pada ketetapan berikut :
TARIKH : 18 JANUARI 2013
HARI : ISNIN
JAM : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK RUJUKAN SMK ISKANDAR SHAH
Harap Maklum..
Terima Kasih..