Selamat Datang ke Blog PIBG SMKIS

Thursday 23 January 2014

Majlis Agihan Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2014

Majlis Agihan Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2014 telah diadakan pada 22 Januari 2014 (Rabu) bertempat di Dewan SMK Iskandar Shah, Jasin. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk  Hj Ghazale bin Hj Mohamad, ADUN Kawasan RIM. Turut hadir bersama ialah AJK PIBG. 


Wednesday 4 September 2013

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2 2013/2014

Pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali kedua 2013/2014 bertempat di Bilik Rujukan SMKIS. Antara program yang dibincangkan sepanjang September adalah "Luncheon Talk" bersama calon PMR pada 25 September 2013 dan Solat Hajat PMR, SPM dan STPM pada 26 September 2013.

Friday 15 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39 2013/2014 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2012


Pada 23hb Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan SMKIS telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-39 tahun 2013/2014 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2012 serta Penyerahan Baucer Buku Pelajar Pra-U. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Roslan bin Yusof (Tuan Pegawai Daerah Jasin). Antara agenda mesyuarat ialah pemilihan jawatankuasa PIBG yang baru, membentangkan laporan tahunan kewangan 2012 dan membahaskan usul. Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan Puisi dan Lagu oleh pelajar.

Friday 22 February 2013

Mesyuarat AJK PIBG 5 2012/2013


Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-5, 2012/2013 telah diadakan pada 18 Januari 2013 bertempat di Bilik Rujukan , SMK Iskandar Shah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka, Tuan Haji Muslim bin MD. Shah.

Mesyuarat AJK PIBG 6 2012/2013


Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-6, 2012/2013 telah diadakan pada 8 Februari 2013 bertempat di Bilik Rujukan Pusat Sumber, SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka.